Sunday 13 November 2011

Menu Aidil Adha

Assalamualaikum ..


Ayam Masak Merah

Dalca Ayam

Daging Bryani

Nasi Halba
Kali nie nak cerita menu kami sekeluarga tuk Aidil Adha yang lepas ...Kali nie ku sediakan masakan MAMAK...ada resepinye dapat dari tenet n ade yg p belajar.... Masa belajar ari tu byk lg menu2 yg lain tp rase cam malas nak cuba byk sgt bhn2 so pilih yg senang je la... jom layan picture2 dlu ye.Aku juga membuat 3 jenis cake Russian Black n White(kek paling glamour n seeedap), kek kukus chocolate n Karamel cake( nie pun sooodap gak).Yang beli kat atas gambar tu cuma lemang n serunding je  Lemang nie beli kat Sg Petani Lemang Pak Teh  ramainya yg beratur beli tp mmg sedap la lembut je tak yg terlebih bakor.Serunding di beli oleh adik ku masa dia balik Kelantan ari tue.Bagi yang ingin mencuba di sertakan resepi2 nye di bawah:-

AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg).Bersihkan. Potong 10 bahagian.
10 biji cili masak.
1 batang Karot sederhana besar.
1 biji tomato.
1/2 Tin “Kimball Sup Tomato”.
1/2 Tin Susu cair.
2 sudu Tomato Puri (Boleh dapatkan satu tin kecil).
1 helai pandan dipotong 2″.
3 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
1 biji bawang untuk dikisar.
1″ inci halia dikupas kulit untuk dikisar.
3 ulas bawang putih untuk dikisar.
2 Kayu manis, 3 bunga lawang, 4 biji buah pelaga untuk menumis.
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
1 sudu kecil perasa makanan ( jika perlu)
1 Sudu Besar Gula .
1 sudu kecil jintan putih dan jintan manis.
2 sudu besar serbuk cabai ( perlu untuk mendapatkan warna masakan).
Garam secukupnya.
CARA MENYEDIAKAN:1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang keras menjadi keras dan sukarkan rempah menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung adalah dsyorkan tidak perlu digoreng.
2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*
3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.
4. Panaskan kuali dan masukan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai.Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar.Tumis sehingga keluar bau yang harum dan hirisan bawang akan bertukar warna keemasan (jangan hangus).
5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia dan masukkan kisaran tomato+cili+ carrot. Tumiskan sehingga keluar bau yang wangi (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).
6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis.
7. Masukkan Puri Tomato, Sup Kimball Tomato dan susu cair.Sekiranya mahu gunakan santan untuk warna yang cantik dibolehkan dengan masuk 250 gm santan pekat. (di Pulau Pinang Santan pekat RM1.00 sudah memadai).
8. Masukan Gula, perisa makanan (aji-no-motto) dan garam secukup.
9. Biarkan sebatian mendidh. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuanya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan apai apabila kuah mendidh (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

Daging Bryani
Sumber dari: Amie's Little Kitchen
 
Bahan A:
1 kg daging kambing/lamb/ayam/lembu - pilihan
1/2 mangkuk minyak
1/2 mangkuk rempah kari daging = sy guna cap Babas
1/2 mangkuk rempah beriani - sy guna jenama IMAN
1 sudu lada hitam - tumbuk

Bahan B:
6 tangkai lada kering - sy letak 5 sudu besar
3 ulas bawang putih - sy letak 5 ulas
3 ulas bawang merah - sy letak 5 ulas
4cm halia

Bahan C:
1/2 mangkuk madu - sy letak 3 sb jer, tambah seketul gula batu
1/2 mangkuk puri tomato - sy letak 3 sb jer
2 mangkuk santan - sy letak 1 mangkuk jer nak kurangkan kolesterol hehehe
1 sudu besar garam

Bahan D:
1/2 mangkuk kismis - goreng - letak untuk hiasan jer
1/2 mangkuk gajus - goreng - letak untuk hiasan jer
1/2 mangkuk badam - goreng - sy tak letak pun
1/2 mangkuk daun pudina

Cara menyediakan:
1. Jika menggunakan daging, rebus daging hingga empuk. Jika menggunakan ayam, ayam hendaklah digoreng.
2. Kisar kesemua bahan B.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Setelah itu masukkan rempah kari dan rempah beriani.
Gaul rata sehingga rempah dan Bahan B bersatu.
5. Masukkan Bahan C. Kacau rata. Masukkan daging.
6. Masak sehingga pekat dan terbit minyak.
7. Sebelum matikan api, masukkan separuh Bahan D dan separuh lagi masukkan ke dalam nasi.
8. Akhir sekali masukkan lada hitam dan separuh bahagian daun pudina.


DALCHA

 1 cup kacang dhal ( rendam 2-3 jam kemudian rebus )
250 tulang lembu/ kambing  @ ayam
Bahan Tumis
4 tsp campuran halia dan bwg putih yg telah di blend
2 bwg besar yg di slice
2 btg  kulit kayu manis
4 bga cengkih
3 buah pelaga
2 btg daun kari
50 cents daun pudina n daun ketumbar

 Bahan rempah
2 tsp cili powder
½ tbsp jintan putih
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp serbuk lada putih
1 tsp kunyit

Bahan sayur
3 biji tomato
3 bj terung
2 pisang kari
3 biji potato
2 cili merah
2 cili hijau
50gm asam jawa di campur 1 cup air
1 cup santan
6 tsbp minyak tuk menumis

CARA

Panaskan minyak (tuk lbh sedap blh di campur sket minyak sapi).tumiskan kayu manis/cengkih n buah pelaga. Biar sehingga naik bau  kemudian masukkan bwang yang telah di rincik/ daun kari/ daun ketumbar/ daun pudina biar sekejap. Masukkan campuran halia/bwg putih yg tlh di blend..Biarkan sehingga naik bau.masukan tulang  @ ayam .Biarkan sekejap hingga tualng mengeluarkan air. Masukan cili powder/lserbuk lada putih/ serbuk ketumbar  dan sedikit air.. Biarkan selama 20 minit( tuk tulang biarkan lbh lama). Tambahkan  semua sayuran dan kacang dhal yg tlh di rebus.Biarkan sehingga sayuran separuh masak kemudian masukan air asam/santan n garam secukup rasa.Biarakan lbh kurang lg sepuluh minit.

NASI HALBA

1 kg Basmati or beras biasa
3-4 bwang besar sliced
2-3 kayu manis
5 cengkih
5 buah pelaga
4 tb/s halia/bwg putih yg di blend
1 1/2 s/t halba
2 daun pandan yg dipotg
2 tb/s dhal (option)
4 cup santan/susu @ 1 cup thairu
6 tb/s myk + ghee utk menumis

NOTE : Sukatan air utk beras basmathi 1 cup beras 1 1/2 cup air

CARA:-
Pnaskan myk masukan kayu manis/cengkih/pelaga  bwg, halia/bgw putih paste  n daun pandan.biarkan sehingga keluar bau.Masukan santan n water/garam.Biarkan mendidih kemudian masukkan beras/halba/dhal.Biarkan beras ¾ mask kemudian letak atas rice cooker.

SELAMAT MENCUBA - sorry ye bahasa ada sedikit rojak..




No comments:

Post a Comment