Sunday 30 October 2011

chocolate 24 pcs

Assalamualaikum ....

Tempahan dari jiranku kak Marini  24 pcs  choc  katanya tuk makan2. Dia request supaya x letak warna2. Yang putih ku letak sebiji badam n hazel untuk tambah kesedapan .... TQ kak.


Thursday 27 October 2011

Snowy Peach Custard Cream cake

di lapis ngan buah peach n cream kastard lagi....

dah siap hias  memang tebal cream kastard nye

dah di potong n ready tu nyum.....
Assalamualaikum....

Snowy Peach Custard Cream Cake  tu dia dengar nama je dah terbayang kesedapan kastard cream nye..memang menjilat jari le tambah2 klu di makan sejuk2 sket.....emm apalagi bagi yang nak merasa kesedapannye  mai la contact 019-4778006..... Rega  RM 75   1.5 kg ++++

Bingka roti pandan kukus

Assalamualaikum....


Cuti Deepavali yang lepas sempat la layan buat puding roti pandan kukus . resepi ni dapat dari kak.Nor yang dok promote kesedapan puding nie. Lepas tu Ita pun buat tp terdeerhaka la sket... Selalunya sya buat yang jenis bakar...tapi kli nie cuba buat stim ...ok le rasaye lebih lembut......Tp anak n hubby prefer bakar lagi....
Kepada yang ingin mencuba izinkan sya CNP kan resepinye  ye....

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : NotabiliaDicuba/Uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)- Sya guna fresh milk
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

SELAMAT MENCUBA....


Wednesday 26 October 2011

Hantaran Azmi n Azie DJ Mutiara FM



Assalamualaikum....

Nie hantaran tuk perkahwinan Azmi n DJ Azie Mutiara FM pada 23 Oct  lepas.... Kepada mereka berdua di ucapkan " SELAMAT PENGANTIN BARU DI DOAKAN  SEMOGA BERBAHAGIA SELAMANYA...INSYAALLAH"

Monday 17 October 2011

Moist Chocolate oreo Cake/ Butter Cake

Assalamualaikum....

Bab2 tulisan nie kena byk improve lg....Kek Butter







Nie entry tertunggak untuk kek yang aku buat untuk Birthday anak sedaraku Mikhail n untuk seseorang ....kek butter n Moist Chocolate Oreo Cake...Harap berpuas hati.

Tuesday 11 October 2011

Meroti lagi


Assakamualaikum...

Alamak angin meroti dah melekat... rasa macam seronok pulak nak main uli-uli, picit-picit...nak guna BM  tak de so guna je la jari jemari ku yang byk berjasa nie. Apa pe pun rasa nye tetap mengancam. Kali ni ku try pula membuat Blossom Bun.. Nie pun ku korek resepi dari Masam-masam manis (K.Ita)  cikgu  siberku..Terima kasih ye cikgu.....Untuk sesiapa yang ingin mencuba di sini ku CNP kan resepinye....ops sebelum terlupa tak lupa juga terima kasih ku pada CMG  tuan yang empunya resepi....

Lebihan adunan tu ku gunakan membuat roti manis n roti kismis....

SOSEJ BLOSSOM BUN
By: CMG Dapur Tampa Sempadan
Sumber: Nieza

BAHAN-BAHANNYA
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner ( ku guna water roux)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

"DO IT YOURSELF"
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....