Thursday 29 September 2011

Pandan Bun

Assalamualaikum  dan salam Jumaat...
tengah baking

Fresh from oven masih panas2 lagi

ada inti kaya pandan lagi..

Semalam rajin2kan diri mencuba satu lagi resepi yang di ambil dari rumah  K.ita n K.Nor Tengok resepi asalnya Ita  dapat dari Yatie .Nampaknye cubaan pertamaku membuat roti menjadi n sedap. Kejadiannya amatlah lembut n gebu. Aku mneggunakan resepi basic dough dari K.Nor tapi di campurkan paste pandan seperti yang K.Ita buat..nak cuba lagi la lps nie dengan mempelbagai  bentuk n rasa....tp masih menggunakan resepi dough yg sama.  . Nak cnp le kedua2 resepi dari tuan empunya senang nak rujuk lps nie. Apa-apa pun tq ye akak berdua.Semoga akak berdua di murahkan rezeki dan di beri keberkatan atas resepi yang sedap tu.

BASIC DOUGH kak Nor style
By: Kak Nor Secubit Garam

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER  ROUX :  
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


BUN PANDAN
Sumber : Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-bahanya
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 140 ml air suam/ atau susu segar
  • 1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver atau dough softner (ita letak bread improver)
  • sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
  • (kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
"DO IT YOURSELF"
  1. Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
  2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang.
 SELAMAT MENCUBA.

Monday 26 September 2011

Italian Rainbow

Assalamualaikum...


ni belum pakai baju lagi....

 mau juling biji mata tgk color2 nie....

New produk in the house ITALIAN RAINBOW.Wow very colouring, indah di mata... makan pun sodap... berminat boleh la contact sye 019-4778006


Thursday 22 September 2011

slice cake

Assalamualaikum,


Slice cake untuk sambutan hari raya Sek .Keb.Jln Paya Besar.36 pcs chocolate slice  (RM 32) n blueberry slice 36 pcs RM28 je .. gambar yg dah msk kotak lupa lak nak tangkap masa sebok2 packing pd pagi tu...so layan je la gambar mana yang sempat snap .


Monday 5 September 2011

Buttercream cake- Ida

Buttercream cake order by Ida untuk birthday mak dia kat kampung... tq Ida. Ada lagi kek yang di order oleh Ita MPSP  tapi lupa lak nak snap photo. Maaf ye Ita..anyway tq for the order......