Wednesday 29 June 2011

Swiss Meringue Buttercream

Bagi yang berminat nak mencuba cream buttercream yang kurang manis boleh la mencuba resepi di bawah....



RESEPI SWISS MERINGUE BUTTERCREAM
Source: Wendy

Bahan-bahan
  • 60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
  • 100gm gula - hana kurangkan sedikit
  • 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
  • hana tambah 1sk jus lemon
Cara-cara
  • Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
  • Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 min dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
  • Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. Boleh letak pewarna yang disukai.
  • Siap
ATAU boleh mencuba resepi lain dr link di bawah...

Swiss Meringue Buttercream

Monday 27 June 2011

Kelas cartoon artwork

Assalamualaikum,





Semalam aku tlh menghadiri satu lagi kelas yang fun sgt2 'KELAS CARTOON ARTWORK' .Dapat lagi tambah ilmu ......sebelum nie sllu dok pikir cam na la orang blh lukis cantik2 atas kek...rupa2nye senang je tp kena la ada ilmu dan teknik..... anyway lps nie rasanye dah berani nak lukis cartoon2 lain lak...........



Thursday 23 June 2011

Bengkang Roti


Assalamualaikum dan salam Jumaat....

Nie nak kongsi satu lagi resepi yang saya selalu buat .Rasanye daah lebih dari 5x coz ats permintaan sang suami yg suka suki sgt2 n ade roti yg selalu balance kat umah ..... So kepada sesiapa yang nak mencuba resepi mudah nie boleh la mencuba.....Resepi nie sye dapat dari rumah Kak Rin yang dah lama menyepi tu.....Kak Rin panggil puding tp sye rase nak panggil bengkang la cam lbh sut je..Kak Rin minta izin cnp ye resepinye.....

PUDING/BENGKANG ROTI

Bahan-bahan:
8 keping roti, rinn guna gardenia yg dah expired but belum berkulat sbb duduk dlm petiais
500ml susu segar

4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega
1 camca teh esen vanilla
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Pukul sedikit mentega dan gula. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur dan pukul sebentar hingga rata.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
5. Campurkan kedua-dua adunan. Tuang adunan dalam loyang yg sesuai dan bakar
pada 180 darj celsius selama 30 minit.





SELAMAT MENCUBA










Monday 20 June 2011

Pelbagai lollychoc

RM0.90

RM1.00

RM1.00

RM 1.50
Pelbagai lollychoc sesuai utk anak2 nak celebrate birthday ke.......berkenan boleh la contact sya...

Roti Lapis Ayam



Masa jalan -jalan kat umah Kak Leeya nampak roti lapis daging, cam sedap je...alamak kak Leeya tak attch resepi  so terpaksalah jalan2 kat rumah kekawan yang lain ...tup-tup jumpa kat rumahK1 .Alhamdulillah boleh la cuba. So jadinye ari sabtu lepas dapek la sye membuatnye tuk sarapan pagi kami anak beranak.Nampaknye hb n anak suka.....lps nie boleh la buat lg...bagi yg nak mencuba K1 sye minta izin cnp resepinye yee...tp sye ubah  kepada ayam coz klu daging  kurang sket minatnye...try jangan tak try....sedap le pada tekak sye..

 ROTI LAPIS DAGING



Bahan-bahan
2 bungkus roti sandwich sedang (buang tepi dan di potong empat)
Bahan Inti Daging
500gm daging cincang ( sye guna burger ayam )
1 biji bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu besar rempah kari (digaul dengan sedikit air)
garam secukup rasa
Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 hiris halia
Bahan Bancuhan Telur
80gm mentega di cairkan
5 biji telur
sedikit lada sulah
400ml  susu cair / susu sejat (1 tin)
Bahan Hiasan / Tabur
2 tangkai cili merah di hiris nipis
1 tangkai daun bawang dan daun sup
Bawang goreng secukupnya

Cara-cara :
1.  Inti Daging  :  Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan bahan kisar dan  rempah kari, gaul hingga rata, biarkan seketika hingga naik baunya.
    1. Masukkan daging kisar dan sedikit air, gaul rata dan masak hingga daging empuk.  Perasakan dengan garam secukupnya.  Angkat dan ketepikan.
      3.  Bancuhan Telur :  Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan mentega cair, susu cair dan lada sulah, kocok hingga rata.
      4.  Sediakan mangkuk tahan panas, leser marjerin di sekelilingnya.  Celup roti yang di potong tadi ke dalam bancuhan telur, kemudian susun hingga memenuhi dasar mangkuk sambil di tekan supaya padat.  Kemudian tabur dengan inti daging di atas roti.
      5.  Buat berseling seli lapisan daging dan roti hingga habis.
      6.  Akhir sekali curahkan lebihan bancuhan telur ke dalamnya dan tabur dengan lebihan inti daging, hirisan daun bawang, daun sup dan hirisan cili.
      7.  Bakar pada suhu 160C selama 30 - 45minit atau hingga masak, bila dicucuk tidak melekat.
      8.  Boleh di makan begitu saja atau bersama sos cili.

Sunday 19 June 2011

Hari Bapa

Assalamualaikum....




Chocolate Velvet Cake

Alhamdulillah tahun nie masih di berikan kesempatan untuk menyambut hari bapa skli lg..."Selamat Hari Bapa" kepada ayahanda tercinta Abdullah Bin Ismail n my Inlaw Mokhtar Bin Mat....juga buat suami tercinta.... Thanks 4 everything....Sambutan thn nie meriah kerana dpt bertemu semua adik-beradik sebelah suamiku...Buat semua Bapa-Bapa di luar sana " SELAMAT HARI BAPA" jadilah bapa terbaik dan bertanggungjawab dlam membesarkan anak2.....Jom layan gambar kek and tart yang aku buat masa gathering tu......

Tuesday 7 June 2011

order last week





Assalamualaikum...nie order yang di terima last week .Thanks Kak Fadhilah n Cik Far.....Assorted lollychoc tu berharga antara RM 1-RM1.50....