Monday, 28 November 2011

Karipap Tun Telani



dah siap untuk di goreng...bab klim kena belajar lagi dan lagi
emm sedapnye...

siap untuk difrozen


Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah..


Semalam seronok la kan semua dapat bercuti bersama keluarga sambil menyambut Maal Hijrah.Harap Tahun baru nie memberikan kita keberkatan dalam hidup dan dapat menambahkan keimanan dalam diri .Insyaallah.
Sempena cuti semalam so dapatlah  mencuba resepi karipap yang enak nie .(Nie adalah kali kedua buat karipap dalam seumur hidup..teruk kan).Patut le hasilnye byk yg herot petot tp hasilnye wallah...Yang paling best resepi dohnye yang tak serap minyak....n rapuh bila di ngap.Bab-bab minyak nie mmg sensitif  .. takut kolestrol naik....skrg nie pun dah terlebih-lebih dari border dah... aduyai.Tu la malas nak try masakan yang berminyak dan bersantan ....tapi nak di war-warkan disini mmg x rugi mencuba resepi nie... seeedap.Untuk inti nye saya ikut resepi dari Ros Jintan Manis yang  telah di ubah suai ikut selera kami  sekeluarga .Dah ramai mencuba resepi nie mula-mula nampak Izah Daud buat lps tu yang terbaru Kak Ummi  ...Kepada yang ingin mencuba sya CNP resepinya seperti di bawah......

Cuba tau.
KARIPAP
Resepi doh: Tun Telani


Bahan:-

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar margerin (*akak guna mentega)-saye guna marjerin
  • 1/2 cawan minyak jagung- saye guna minyak sunflower n canola
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga margerin cair (tak perlu didih). Tutup api.
  2. Segera masukkan tepung ke dalam periuk tadi (*akak sediakan tepung yang dalam bekas, dan tuang jek minyak dan mentega panas tadi.) Gaul guna garpu biar crumble sikit. (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. Bila adunan agak sejuk, campurkan air dan garam dan uli lebih kurang 15 minit hingga nampak doh lembut dan berminyak. Bolehlah dibuat karipap dengan inti kegemaran.

INTI KENTANG
Resepi ASAL : Ros Jintan Manis
Sumber : Izah

Bahan:-
  • 1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)-saye guna kentang
  • 1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)-saye guna isi ayam n pecahkan telur sebiji
  • 2 sudu besar udang kering- x letak suami x suka udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besa cili kisar
  • garam
Cara Menyediakan Inti:
  1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air,  Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati, akhir sekali masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, pecahkan telur setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
  3. Bolehlah memulakan sesi membuat karipap... ^_
                                    SELAMAT MENCUBA...


No comments:

Post a Comment