Assalamualaikum....
Angah bakers
Jom kongsi resepi kek lapis pandan kukus yang sedap nie. Resepi nie dapat dari rumah Yatie tapi dah di ubah kepada perasa pandan yang di lapis bar coklat yang di potong2 kecil. Yatie buat perasa strawberry dan di lapis coklat chip..Kepada yang ingin mencuba kek nie izinkan saye CNP resepinye yer....
KEK LAPIS PANDAN KUKUS
Bahan-bahan ( loyang 4 segi 7x7)
4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari
petiais)
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum yang berkualiti
1/2 sudu kecil rata baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/4 sk garam
50 ml minyak sayur atau minyak jagung
1/2 sudu kecil vanilla
sedikit coklat emulco - tukar to strawberry emulco- sya tukar guna pandan paste
coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai
secukupnya
Cara-cara
1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.
2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur
kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan coklat,strawbery emulco pandan paste
3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand
mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup
balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih
kacau je)
4. Tuang adunan dan ratakan keseluruh loyang. Kukus
selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan
aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan
pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak.
Buat sampai habis.
5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian
sejukkan dulu sebelum dipotong.
Note : lain kali kena guna coklat chip @ klu guna coklat bar letak sikit je baru cantik bila dia cair....tgk gambar cam serabut je lapisan coklatnye kan.
SELAMAT MENCUBA
Mengoda sungguh tengok kek nie. Boleh buat nanti nie.
ReplyDeleteAwin.. larat lg ke nak buat...tp klu rajin ape salahnye..nanti pantang x leh makan dah...
ReplyDelete