Thursday, 26 May 2011

Apam Dot-dot




Baru-baru nie aku try resepi Apam Dot-Dot yang tengah masyuk kat tnet...sampai masuk dlm WHI ... resepinya aku ambil dr rumah Hana. Thnks ye Hana.Bagi yang nak mencuba kat bwh nie sye cnp resepinya:-


APAM DOT-DOT
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Petua  :
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
  • Apam nie boleh simpan lebih dari 3 hari
  •  Boleh simpan dalam bekas yang x kena udara supaya apam kekal lembut
  • Untuk mengelakkan apam berjerawat kacau adunan sebelum di masukan dalam piping beg untuk membuang gelembung udara
  • lapik tudung kukusan dengan tuala bagi mengelakan air terkena apam... 

No comments:

Post a Comment