Menerima tempahan Kek. cupcake. Tart. Puding.Chocolate Email : http://angahbakers@gmail.com Tel.No:019-4778006
Tuesday, 31 May 2011
Strawberry Mousse Cake
Strawberry Mousse cake lagi........nie order dr Cik Far untuk makan2 yang br balik dr Shah Alam.....
Thursday, 26 May 2011
Apam Dot-dot
APAM DOT-DOT
Bahan-bahan- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
- Apam nie boleh simpan lebih dari 3 hari
- Boleh simpan dalam bekas yang x kena udara supaya apam kekal lembut
- Untuk mengelakkan apam berjerawat kacau adunan sebelum di masukan dalam piping beg untuk membuang gelembung udara
- lapik tudung kukusan dengan tuala bagi mengelakan air terkena apam...
Tuesday, 24 May 2011
PROMOSI!PROMOSI!
PROMOSI CHOCOLATE MOIST CAKE..Berat 1+++ KGS 9" in love shape n simple deco hanya RM 28.00 sahaja....cepat- cepat contact la sye bagi yang berminat 019-4778006
Hari Ibu
Sorry entry yang dah agak basi....apa2 pun nak citer gak....Hari ibu yang lalu terpaksalah aku buat kek untuk diri sendiri .Tahun lepas hubby ku beli tp thn nie coz isteri dia dah pandai sket so sendiri mau tau la.Aku mencuba kek yang aku belajar ....Strawberry Mousse.. Kek ni memang sedap ,tak muak, ditambah dengan rasa strawberry yang fresh... Tapi yang sodehnye tulisan kat atas kek tu amatur la sgt....cuaca plak panas bebenor.Aku Sedekahkan sket kat ibu2 kat sebelah rmh.Nak promote la tu..Aku juga mencuba membuat fruit tart...emm....sehingga menjilat jari.Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Ibu buat bonda tersayang Puan Salmiah bt Long n mertuaku Puan Habsah bt Saad....sayang ibu.Juga pada semua ibu-ibu yang berada di luar sana......"SELAMAT HARI IBU"
Tempahan
Ini adalah tempahan tart n coklat dr rakan off hubby n neighbourku. Ada bebrapa lg order yg aku tak sempat ambil gambar.Maklum la sibuk ngan anak nak exam. Untuk packing coklat yang simple tu reganya cuma RM 7.00 je ada 10 biji coklat kat dlm.Thanks semua.....kalau sedap order la lagi....
Sunday, 22 May 2011
Suatu permulaan....
Tanggal 21/5/2011 telah merubah hidupku menjadi seorang BLOGGER.Itu pun selepas aku mengikuti Kursus Membina Blog di Kolej Komuniti .Sebenarnya dah lama aku mengikuti blogger2 masakan di alam maya .Terima kasih pada blogger2 kerana dr sanalah minatku pada bidang masakan dan mencuba resepi2 bermula.Dan kini aku telah menjadi pelajar pada beberapa orang "guru" dan terus meneroka bidang menata rias kek dengan lebih mendalam lagi.Semoga Allah memberi aku keberkatan atas segala usahaku ini.Terima kasih juga pada suami dan anakku yang telah memberi full support to me..
Subscribe to:
Posts (Atom)