Assalamualaikum...
|
Bread Butter Puding |
|
Vanilla Sauce | | | | | | |
|
Bread Butter Puding n Vanilla Sauce yang seedap untuk di cuba oleh rakan2.memang tak rugi. Resepi nie dapat masa pi belajar kat Kolej Komuniti Tasek Glugor.Tapi sayangnye program 1 Malaysia macam nie katanya hingga end year sahaja.Tahun depan yuran yang di kenakan akan meningkat...rugilah kan.... Dengan menyertai program nie yang mengenakan bayaran RM 20 anda dapat belajar selama 20 jam iaitu 9 resepi dalam masa 3 hari... memang berbaloi-baloi .Nanti sekiranya masa mengizinkan saye akan sertakan resepi-resepi yang telah di pelajari untuk sahabat2 semua. Jom layan resepi kali nie dulu...
BREAD BUTTER PUDING
Bahan A
Roti 6 keping (saye guna gardenia x yah buang kulit)
Mentega 3 tbsp
Gula perang beberapa cubit
Bahan B
Gula kastor 50 g
Telur 4 biji (B)
Susu segar 300 g
Esen Vanilla 1/2 tsp
Sebuk Kayu Manis 1/4 tsp
Bahan C
Raisin 30 g
DIY
1. Roti di sapu mentega setiap keping kemudian potong dua
2. Sapu acuan dengan planta , taburkan gula perang biar kena rata
3.Pukul telur kemudian campurkan susu segar, gula, esen vanila dan sebuk kayu manis.
cara susunan
Lapis pertama susun roti hingga penuh ruang .masukkan susu biar hingga roti basah.Taburkan raisin...ulangi lagi dengan melapis roti kembali /masukan susu/tabur raisin ..buatlah sehingga habis....
VANILLA SAUCE
Bahan A
Susu segar 250 g
Gula kastor 40 g
Esen Vanila 1 tsp
Bahan B
Tepung kastard 10 g
Susu segar 50 g
DIY
1.Bancuhkan B kacau hingga rata
2.Panaskan susu segar (A) campurkan gula ,esen vanila - gunakan whisk
3.Tambahkan adunan B .....Biarkan hingga pekat sedkit.Angkat dan tapis....
"SELAMAT MENCUBA"