Assalamualaikum...
Sorry yea nie pun entry tertunggak yyang dok terperap lama malas nak publish....Sebelum tu Selamat Tahun Baru 2012 pada semua yang sudi mengunjung ke teratakku... ribuan terima kasih. Semoga tahun 2012 memberi sinar baru untuk kita semua .Dan sudah tentunya ketibaan tahun baru nie azam pun baru ...azamku pula nak tambah zuriat seorang lagi .....itulah doaku setiap hari semoga Allah permudah dan makbulkan doaku , Insyaallah..
Berbalik pada resepi kali nie .Untuk resepi tahun baru nie nak masukan entry masakan orang putih sket..Resepi nie akak( alamak guna akak la pulak) dapat masa pi Belajar kat Kolej Komuniti... Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba di sertakan resepi seperti di bawah...
Spaghetti Bolognese
Spaghetti 250g
daging cincang 250g ( aku cuma letak 150g)
Tomato puree 200g
Bawang merah 4 nos (chopped)
Bawang Putih 4 nos(chopped)
Tomato 2 nos (cubed)
Bawang Besar 2 nos (cubed)
Carot 1/3 nos (cubed)
Celery 1/3 nos (cubed)
Red capsicum 1/3 nos (cubed)
Mushroom butang 6 nos (sliced)
Air 2 cup
Sos cili 125 g
sos tomato 125 g
Sebuk lada hitam secukup rasa
Bahan lain:-
Sehelai daun bay, sedikit oregano dan tyme ( atau boleh terus gunakan mix herb)
DIY:-
Tumis bawang putih dan merah hingga naik bau.Masukan daun bay, origano dan tyme (atau boleh terus guna mixed herb). Masukan daging cincang, biar sebentar .Campurkan sedikit air. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang di potong dadu,masukan mushroom kecuali tomato.Masukan sos cili dan sos tomato. Masukan bawang besar .Akhir sekali baru masukan fresh tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk lada.Masak hingga agak pekat...dan bolehlah di hidangkan.
SELAMAT MENCUBA....
No comments:
Post a Comment