Monday 30 January 2012

Kek marble Pisang Sodap

Assalamualaikum



Siapa suka kek pisang, angkat tangan. Saya, saya, saya... ramai pulak yang suka.Selalunya kat rumah kalau kek pisang hanya saya sorang saje yang makan,cik abang ngan anak tak main le...tapi untuk kek pisang nie bukan main suka lagi ...mungkin sebab sya marblekan kek pisang nie ngan coklat... berebut2 kami anak beranak makan. esoknye cik abang request lak nak bawa ke office....Alhamdulillah semua suka dan lepas nie klu ada pisang lebih boleh la di buat lagi.
Kepada yang belum mencuba resepi nie yang saya dapat dari rumah Kak Azlita, amat di alu-alukan untuk mencuba ,memang sedap... Reward juga di beri kepada Kak Ummi yang memperkenalkan kek nie.. Kepada mereka berdua saya minta izin CNP resepinye ye..
BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee 
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek- sya guna pisang mas
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm- tak letak
-saya marblekan kan kek. bahagikan adunan kepada dua . satu bahagian lagi sya letakkan 1 1/2 tbsp serbuk koko dan ditambah 1 1/2 tbsp susu. 1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak- sya pun
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah- letak almond nib
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc- guna loyang 8X8
Alas baking papaer dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat cip dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.


Selamat mencuba!

Wednesday 25 January 2012

Thanks Ema




Kek untuk sambutan birthday anak Ema . Jiran kat sama taman. Kek Coklat moist dengan ganache 1.5+++ kgs dengan gambar Upin dan Ipin(5pcs)  hanya RM 45 .  Blueberry slice cake  36 pcs RM 28... 

Tuesday 24 January 2012

Heppy Birthday Sarah Nabilah





Assalamualaikum..

Cuti Raya Cina yang lepas (22/1) adalah hari birthday puteri kesayanganku  SARAH NABILAH yang ke 10. Dah besar anak mama. Sarah request kek yang warna-warni..so akak pun buatkan  Rainbow cake with fresh cream yang di hias dengan gambar Cinderella seperti kat atas tu...Untuk anak mama ,mama doakan semoga Sarah menjadi anak yang solehah  dan berjaya dalam hidup....mama sayang SARAH.

Monday 9 January 2012

Thanks Ida



Assalamualaikum....

Blueberry dan Kiwi cheese tart order dari Ida. Kepada yang ingin merasa bolehlah call saye 019-4778006. .Di jamin sedap bangat......Saiz S cam kat gambar atas tu RM 35  50 pcs.  Saiz M RM 45 50 pcs.... Boleh pilih filling blueberry/ kiwi / strawbery/ manggo.

Monday 2 January 2012

Masakan Orang Putih la Pulak

Assalamualaikum...



Sorry yea nie pun entry tertunggak yyang dok terperap lama malas nak publish....Sebelum tu Selamat Tahun Baru 2012 pada semua yang sudi mengunjung ke teratakku... ribuan terima kasih. Semoga tahun 2012 memberi sinar baru untuk kita semua .Dan sudah tentunya ketibaan tahun baru nie azam pun baru ...azamku pula nak tambah zuriat seorang lagi .....itulah doaku setiap hari  semoga Allah permudah dan makbulkan doaku , Insyaallah..
Berbalik pada resepi kali nie .Untuk resepi tahun baru nie nak masukan entry masakan orang putih sket..Resepi nie akak( alamak guna akak la pulak) dapat masa pi Belajar kat Kolej Komuniti... Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba di sertakan resepi seperti di bawah...

Spaghetti  Bolognese

Spaghetti                            250g
daging cincang                    250g ( aku cuma letak 150g)
Tomato puree                     200g
Bawang merah                    4 nos (chopped)
Bawang Putih                     4 nos(chopped)
Tomato                              2 nos (cubed)
Bawang Besar                   2 nos (cubed)
Carot                                 1/3 nos  (cubed)
Celery                                1/3 nos (cubed)
Red capsicum                     1/3 nos (cubed)
Mushroom butang               6 nos (sliced)
Air                                      2 cup
Sos cili                                125 g
sos tomato                          125 g
Sebuk lada hitam                 secukup rasa

Bahan lain:-
Sehelai daun bay, sedikit oregano dan tyme ( atau boleh terus gunakan mix herb)


DIY:-

Tumis bawang  putih dan merah hingga naik bau.Masukan  daun bay, origano dan tyme (atau boleh terus guna mixed herb). Masukan daging cincang, biar sebentar .Campurkan sedikit air. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang di potong dadu,masukan mushroom kecuali tomato.Masukan sos cili dan sos tomato. Masukan bawang besar .Akhir sekali baru masukan fresh tomato. Perasakan  dengan garam dan serbuk lada.Masak hingga agak pekat...dan bolehlah di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA....