Monday 28 November 2011

Karipap Tun Telani



dah siap untuk di goreng...bab klim kena belajar lagi dan lagi
emm sedapnye...

siap untuk difrozen


Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah..


Semalam seronok la kan semua dapat bercuti bersama keluarga sambil menyambut Maal Hijrah.Harap Tahun baru nie memberikan kita keberkatan dalam hidup dan dapat menambahkan keimanan dalam diri .Insyaallah.
Sempena cuti semalam so dapatlah  mencuba resepi karipap yang enak nie .(Nie adalah kali kedua buat karipap dalam seumur hidup..teruk kan).Patut le hasilnye byk yg herot petot tp hasilnye wallah...Yang paling best resepi dohnye yang tak serap minyak....n rapuh bila di ngap.Bab-bab minyak nie mmg sensitif  .. takut kolestrol naik....skrg nie pun dah terlebih-lebih dari border dah... aduyai.Tu la malas nak try masakan yang berminyak dan bersantan ....tapi nak di war-warkan disini mmg x rugi mencuba resepi nie... seeedap.Untuk inti nye saya ikut resepi dari Ros Jintan Manis yang  telah di ubah suai ikut selera kami  sekeluarga .Dah ramai mencuba resepi nie mula-mula nampak Izah Daud buat lps tu yang terbaru Kak Ummi  ...Kepada yang ingin mencuba sya CNP resepinya seperti di bawah......

Cuba tau.
KARIPAP
Resepi doh: Tun Telani


Bahan:-

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar margerin (*akak guna mentega)-saye guna marjerin
  • 1/2 cawan minyak jagung- saye guna minyak sunflower n canola
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga margerin cair (tak perlu didih). Tutup api.
  2. Segera masukkan tepung ke dalam periuk tadi (*akak sediakan tepung yang dalam bekas, dan tuang jek minyak dan mentega panas tadi.) Gaul guna garpu biar crumble sikit. (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. Bila adunan agak sejuk, campurkan air dan garam dan uli lebih kurang 15 minit hingga nampak doh lembut dan berminyak. Bolehlah dibuat karipap dengan inti kegemaran.

INTI KENTANG
Resepi ASAL : Ros Jintan Manis
Sumber : Izah

Bahan:-
  • 1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)-saye guna kentang
  • 1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)-saye guna isi ayam n pecahkan telur sebiji
  • 2 sudu besar udang kering- x letak suami x suka udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besa cili kisar
  • garam
Cara Menyediakan Inti:
  1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air,  Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati, akhir sekali masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, pecahkan telur setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
  3. Bolehlah memulakan sesi membuat karipap... ^_
                                    SELAMAT MENCUBA...


Wednesday 23 November 2011

Kek Lapis Pandan Kukus


Assalamualaikum....


Angah bakers
Jom kongsi resepi kek lapis pandan kukus yang sedap nie. Resepi nie dapat dari rumah Yatie  tapi dah di ubah kepada perasa pandan yang di lapis bar coklat  yang di potong2 kecil. Yatie buat perasa strawberry  dan di lapis coklat chip..Kepada yang ingin mencuba kek nie izinkan saye CNP resepinye yer....

KEK LAPIS PANDAN KUKUS

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 7x7) 
4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum yang berkualiti 
1/2 sudu kecil rata baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/4 sk garam
50 ml minyak sayur atau minyak jagung
1/2 sudu kecil vanilla
sedikit coklat emulco - tukar to strawberry emulco- sya tukar guna pandan paste
coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan coklat,strawbery emulco pandan paste

3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)

4. Tuang adunan  dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak. Buat sampai habis. 

5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.

Note : lain kali kena guna coklat chip @ klu guna coklat bar letak sikit je baru cantik bila dia cair....tgk gambar cam serabut je lapisan coklatnye kan.
SELAMAT MENCUBA

Wednesday 16 November 2011

Blueberry Muffin



Assalamualaikum....

Kali nie ku cuba pula membuat muffin....Muffin Blueberry .resepi dapat dari blog resepi citarasawan.K1 buat vanila muffin tapi aku letak blueberry kat tengah dia. Anak yang request ....Kepada yang ingin mencuba kat bawah sya minta izin tuan empunye resepi CNP kan yea.....



VANILLA MUFFIN
resepi: resipicitarasawan.blogspot.com/2010/10/vanilla-muffins

Bahan-bahan :
125 gm mentega di cairkan
150 gm gula kaster
2 biji telur
250 gm tepung kek / tepung serbaguna
2 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar
2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Satukan telur, esen vanila dan gula, pukul menggunakan hand whisk hingga sebati.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, kaup balikkan ke dalam adunan telur berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
3. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
4. Masukkan ke dalam cawan muffin 2/3 penuh.
5. Bakar di rak atas pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit atau hingga masak

.....selamat mencuba.....

Sunday 13 November 2011

Menu Aidil Adha

Assalamualaikum ..


Ayam Masak Merah

Dalca Ayam

Daging Bryani

Nasi Halba
Kali nie nak cerita menu kami sekeluarga tuk Aidil Adha yang lepas ...Kali nie ku sediakan masakan MAMAK...ada resepinye dapat dari tenet n ade yg p belajar.... Masa belajar ari tu byk lg menu2 yg lain tp rase cam malas nak cuba byk sgt bhn2 so pilih yg senang je la... jom layan picture2 dlu ye.Aku juga membuat 3 jenis cake Russian Black n White(kek paling glamour n seeedap), kek kukus chocolate n Karamel cake( nie pun sooodap gak).Yang beli kat atas gambar tu cuma lemang n serunding je  Lemang nie beli kat Sg Petani Lemang Pak Teh  ramainya yg beratur beli tp mmg sedap la lembut je tak yg terlebih bakor.Serunding di beli oleh adik ku masa dia balik Kelantan ari tue.Bagi yang ingin mencuba di sertakan resepi2 nye di bawah:-

AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg).Bersihkan. Potong 10 bahagian.
10 biji cili masak.
1 batang Karot sederhana besar.
1 biji tomato.
1/2 Tin “Kimball Sup Tomato”.
1/2 Tin Susu cair.
2 sudu Tomato Puri (Boleh dapatkan satu tin kecil).
1 helai pandan dipotong 2″.
3 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
1 biji bawang untuk dikisar.
1″ inci halia dikupas kulit untuk dikisar.
3 ulas bawang putih untuk dikisar.
2 Kayu manis, 3 bunga lawang, 4 biji buah pelaga untuk menumis.
1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
1 sudu kecil perasa makanan ( jika perlu)
1 Sudu Besar Gula .
1 sudu kecil jintan putih dan jintan manis.
2 sudu besar serbuk cabai ( perlu untuk mendapatkan warna masakan).
Garam secukupnya.
CARA MENYEDIAKAN:1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang keras menjadi keras dan sukarkan rempah menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung adalah dsyorkan tidak perlu digoreng.
2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*
3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.
4. Panaskan kuali dan masukan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai.Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar.Tumis sehingga keluar bau yang harum dan hirisan bawang akan bertukar warna keemasan (jangan hangus).
5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia dan masukkan kisaran tomato+cili+ carrot. Tumiskan sehingga keluar bau yang wangi (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).
6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis.
7. Masukkan Puri Tomato, Sup Kimball Tomato dan susu cair.Sekiranya mahu gunakan santan untuk warna yang cantik dibolehkan dengan masuk 250 gm santan pekat. (di Pulau Pinang Santan pekat RM1.00 sudah memadai).
8. Masukan Gula, perisa makanan (aji-no-motto) dan garam secukup.
9. Biarkan sebatian mendidh. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuanya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan apai apabila kuah mendidh (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

Daging Bryani
Sumber dari: Amie's Little Kitchen
 
Bahan A:
1 kg daging kambing/lamb/ayam/lembu - pilihan
1/2 mangkuk minyak
1/2 mangkuk rempah kari daging = sy guna cap Babas
1/2 mangkuk rempah beriani - sy guna jenama IMAN
1 sudu lada hitam - tumbuk

Bahan B:
6 tangkai lada kering - sy letak 5 sudu besar
3 ulas bawang putih - sy letak 5 ulas
3 ulas bawang merah - sy letak 5 ulas
4cm halia

Bahan C:
1/2 mangkuk madu - sy letak 3 sb jer, tambah seketul gula batu
1/2 mangkuk puri tomato - sy letak 3 sb jer
2 mangkuk santan - sy letak 1 mangkuk jer nak kurangkan kolesterol hehehe
1 sudu besar garam

Bahan D:
1/2 mangkuk kismis - goreng - letak untuk hiasan jer
1/2 mangkuk gajus - goreng - letak untuk hiasan jer
1/2 mangkuk badam - goreng - sy tak letak pun
1/2 mangkuk daun pudina

Cara menyediakan:
1. Jika menggunakan daging, rebus daging hingga empuk. Jika menggunakan ayam, ayam hendaklah digoreng.
2. Kisar kesemua bahan B.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Setelah itu masukkan rempah kari dan rempah beriani.
Gaul rata sehingga rempah dan Bahan B bersatu.
5. Masukkan Bahan C. Kacau rata. Masukkan daging.
6. Masak sehingga pekat dan terbit minyak.
7. Sebelum matikan api, masukkan separuh Bahan D dan separuh lagi masukkan ke dalam nasi.
8. Akhir sekali masukkan lada hitam dan separuh bahagian daun pudina.


DALCHA

 1 cup kacang dhal ( rendam 2-3 jam kemudian rebus )
250 tulang lembu/ kambing  @ ayam
Bahan Tumis
4 tsp campuran halia dan bwg putih yg telah di blend
2 bwg besar yg di slice
2 btg  kulit kayu manis
4 bga cengkih
3 buah pelaga
2 btg daun kari
50 cents daun pudina n daun ketumbar

 Bahan rempah
2 tsp cili powder
½ tbsp jintan putih
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp serbuk lada putih
1 tsp kunyit

Bahan sayur
3 biji tomato
3 bj terung
2 pisang kari
3 biji potato
2 cili merah
2 cili hijau
50gm asam jawa di campur 1 cup air
1 cup santan
6 tsbp minyak tuk menumis

CARA

Panaskan minyak (tuk lbh sedap blh di campur sket minyak sapi).tumiskan kayu manis/cengkih n buah pelaga. Biar sehingga naik bau  kemudian masukkan bwang yang telah di rincik/ daun kari/ daun ketumbar/ daun pudina biar sekejap. Masukkan campuran halia/bwg putih yg tlh di blend..Biarkan sehingga naik bau.masukan tulang  @ ayam .Biarkan sekejap hingga tualng mengeluarkan air. Masukan cili powder/lserbuk lada putih/ serbuk ketumbar  dan sedikit air.. Biarkan selama 20 minit( tuk tulang biarkan lbh lama). Tambahkan  semua sayuran dan kacang dhal yg tlh di rebus.Biarkan sehingga sayuran separuh masak kemudian masukan air asam/santan n garam secukup rasa.Biarakan lbh kurang lg sepuluh minit.

NASI HALBA

1 kg Basmati or beras biasa
3-4 bwang besar sliced
2-3 kayu manis
5 cengkih
5 buah pelaga
4 tb/s halia/bwg putih yg di blend
1 1/2 s/t halba
2 daun pandan yg dipotg
2 tb/s dhal (option)
4 cup santan/susu @ 1 cup thairu
6 tb/s myk + ghee utk menumis

NOTE : Sukatan air utk beras basmathi 1 cup beras 1 1/2 cup air

CARA:-
Pnaskan myk masukan kayu manis/cengkih/pelaga  bwg, halia/bgw putih paste  n daun pandan.biarkan sehingga keluar bau.Masukan santan n water/garam.Biarkan mendidih kemudian masukkan beras/halba/dhal.Biarkan beras ¾ mask kemudian letak atas rice cooker.

SELAMAT MENCUBA - sorry ye bahasa ada sedikit rojak..




Thursday 10 November 2011

Kek baru Di Angah Bakers

Assalamualaikum...


Russian Black N White RM 70 +- 1.7 kgs



Karamel cake  RM 33
Dengan rasminya tempahan di buka kepada yang berminat ....boleh la calling-calling 019-4778006

Wednesday 9 November 2011

Coklat Moist N Kek Chocolate Kukus




Assalamualaikum ....

Kek2 di atas di tempah oleh Eita.Terima kasih atas tempahan. Eita kate sedap n nak tempah lg lepas nie. Boleh aje Dik Nooon.

Tuesday 1 November 2011

Biskut Jejari Oat



Assalamualaikum....
Nie antara biskut yang di cuba  masa cuti ari tuu.Masa jalan2 raya  ari tu ramai pula yang menghidang biskut nie dan ramai yang memuji ....Rasanya mmg sedap n sedap n sedap. Resepi nie sya dapat dari rumah Rinchan. Tq kak Rin atas resepi yang sedap ni. Dah 2 kali buat ats permintaan anak yang sangat menyukainye... Minta izin CNP resepinye ye.. Kepada yang belum mencuba bolehlah godek2 tak rugi tau....

BAHAN-BAHAN:

250gm oats
430gm tepung gandum
230gm caster sugar
1 1/2 tbs cocoa powder
200gm minyak sapi
125gm butter
Milk powder - for coating

CARA-CARA:

1. Campurkan oats, caster sugar, cocoa powder, minyak sapi dan butter di dalam mangkuk pengadun.
Gaul dengan spatula kayu atau whisker hingga rata.
2. Ayak tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan oats sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tak semestinya diguna semua. Agak-agak sesuai untuk dicanai dan boleh dipotong.
3. Canai setebal 1cm dan potong berbentuk segiempat bujur seperti jejari.
4. Bakar pada suhu 170 darj celcius selama 15min - 20min menggunakan api atas dan bawah. Tak perlu hingga terlebih garing kerana, walaupun masih agak lembut waktu siap dibakar tetapi setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
5. Sejukkan jejari oats di atas rak dawai dan golek-golekkan di dalam susu tepung hingga tersalut sepenuhnya. Simpan dlm bekas kedap udara.


Selamat mencuba !!!








Biskut dahlia

Assalamualaikum....



Lagi seminggu je kita nak menyambut Hari Raya Aidiladha... so bila dah terlebih rajin nie maka di ringankanlah tangan nie mencuba biskut dahlia yang mmg menjadi kegemaran keluarga .Memang sejak dari kecil lagi inilah biskut yang menjadi tradisi keluarga ..macam tak sah pula raya tanpanya... so kali ni di cuba menggunakan resepi CMG ... minta izin yea untuk CNP resepinya kepada sesiapa yang ingin mencuba  dan juga untuk rujukan pada masa akan datang....

BISKUT DAHLIA

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan- guna jelly yang di potong
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati. -  sye cuma guna senduk kayu je..
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.